sponsor

sponsor

Slider

Freeza

Covid-19

Life & style

Games

Ramadhan 2020

Fashion

Ramadhan 2020 - Adakah Ramadhan Kali Ini Berlainan Bagi Kita?


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


     Ramadhan, bulan yang kita nanti-nanti, ALHAMDULILLAH Ia datang lagi kepada kita yang masih bernafas ni. Yang telah pergi sebelum Ramadhan, kita doakan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH.

   Ya, kali ni, tahun 2020 (dalam tempoh PKP/PKPD) pasti kita sambut Ramadhan dengan suasana berbeza tapi ibadah tetap sama, - solat tarawih, puasa, dan zakat fitrah.

   Dahulu solat sunat tarawih kitalah makmum, tapi kali ni kita imam. Jadi, jangan lupa betulkan niat solat kita, ajak isteri dan anak-anak dan kita imamkan mereka. Kalau benda ni baru bagi kita, dapatkan panduan-panduan yang betul seperti :

Panduan Solat Sunat Tarawih dari JAKIM 

INSYA ALLAH kita boleh buat.


Selamat Beribadah dan Semoga Ibadah Kita Diterima Allah


Ada Penurunan Kes Positif Covid-19 Di Malaysia


Nampak Macam Ada Penurunan Kes Positif Covid-19 Di Malaysia?


     JUMAAT 17 April 2020: Semalam tengok pengumuman dari Ketua Pengarah Kesihatan kita Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah (@DGHisham) ALHAMDULILLAH kes positif Covid-19 Di Malaysia semakin berkurang, yang discaj pun dah ramai. 

     Tak ada frontliners kita yang dapat jangkitan dari pesakit positif, tapi kesian jugak la sebab ramai frontliners positif sebab jangkitan dari kluster lain. Tapi dalam masa kes positif Covid-19 semakin berkurang ni, lagi kesian tengok suara @DGHisham makin serak-serak basah, berbuih mulut dah cakap, tapi masih lagi ramai yang INGKAR PKP

     Jadi jangan lupa, PATUH ARAHAN PKP, kita jaga kita jangan kes positif berkurang tapi kes INGKAR PKP bertambah.

Bagaimana Nak Mula Buat Blog? Dalam Tempoh PKP


Cerita Ringkas : Macam Mana Nak Mula Buat Blog?


     SABTU 18 April 2020: Jom isi masa lapang sepanjang tempoh PKP ni dengan buat blog dan update dari rumah. 

     Untuk buat blog yang tak perlukan modal, pertama sekali kita perlu ada akaun email google atau gmail. Daftar akaun gmail, kalau boleh pilih nama yang bersesuaian dengan blog yang kita nak buat. 

     Dah siap daftar akaun gmail boleh terus ke https://www.blogger.com/ log masuk dan boleh terus create blog. 


     Pilih tajuk untuk blog, pilih alatmat blog apa-apa-nama.blogspot.com dan pilih theme (pilih saja simple theme sebab theme ni bila-bila masa pun boleh tukar.

     Dah pun siap buat blog, ada menu "Post" dalam tu? klik dan boleh terus post ke blog baru anda.

Selamat mencuba.


Ada apa-apa soalan boleh terus komen atau email ke : [email protected]