Kenali 8 Produk Kosmetik Beracun - KKM


Kenyataan Akbar :

"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream - Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin).
"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan. "






Gambar 8 Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun :


PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

Sumber : KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH 
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 
22 Mac 2017




Freeza Malaysia Memberi Peluang :
*Kami masih memerlukan Agent Le'Sanda Di Setiap Negeri : 
Sila Ikut Langkah Berikut Untuk Tujuan Pembelian / Pertanyaan.
BAGI PENGGUNA PC / NOTEBOOK : Klik SINI
BAGI PENGGUNA TELEFON / IPAD : Klik SINI

Share on Google Plus

About Freeza Malaysia

0 comments:

Post a Comment