Hina Nama Bapa Watson Nyambek - Primeworks Studios Mohon Maaf


Setelah TULAR di Laman Sosial Tentang Rancangan Komedi Di TV3 Yang Menghina Nama Mendiang Bapa Watson Nyambek - Primeworks Studios tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.

Sumber Harian Metro : Ahad, 23 April 2017 @ 5:09 PM


"Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) memohon maaf kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.
Katanya, pihaknya sangat menghormati bekas pelari pecut negara itu, ayah serta keluarganya.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Watson kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam tadi. Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu berang apabila stesen televisyen berkenaan menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang."

Info Rancangan
Nama Rancangan : Sukan Tak Sentral
Pengacara : Azizul Ammar & Marsha Milan Landoh
Video : https://youtu.be/QoUVpm0_Ypo


Jom Klik & Tengok Apa Komen Netizen
Facebook : TV3 Mohon Maaf / Primeworks Mohon Maaf
Instagram : Azizul Ammar

24/04/2017 : Watson Buat Laporan Polis
Watson, 41, yang ditemani isterinya Phylis Watson membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, jam 10 pagi tadi.



Perjumpaan Watson dengan Wakil TV3 dan Ammar
"Saya tidak boleh maafkan, saya betul-betul kesal dan marah" Watson.


Ammar dan Enam Kru Digantung
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) Datuk Ahmad Izham Omar sekali lagi membuat permohonan maaf kepada keluarga Watson.
LINK : Ammar dan enam kru digantung - Rancangan ditamatkan

Freeza Malaysia :
Sungguh saya tak faham kenapa nama bapa seseorang dipermainkan, dalam rancangan TV pulak tu. Apa dah jadi dengan media hari ni? 

ADAB KAT MANA? 
Terima kasih media hari-hari ulang iklan "Adab Kat Mana?" Tak kan orang media sendiri tak tengok iklan? IMPOSSIBLE

SEJARAH :
Teringat masa zaman 80an bila artis lelaki berambut panjang kena ban. Apa-apa pun kita tunggu ja la tengok macam mana pulak dengan kes yang tak beradap ni kan.


Share on Google Plus

About Freeza Malaysia

0 comments:

Post a Comment