Raja Bomoh Bertaubat - Mengaku Disuruh Berbohong


"Saya Diarahkan Oleh Orang-orang Tertentu, Saya Bertaubat Tak Nak Buat Lagi"


KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi. Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370. Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad. Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.






FREEZA MALAYSIA :
Hmmm... dah agak dah bohong . Siapa yang suruh tu ya ? Orang-orang tertentu?
Share on Google Plus

About Freeza Malaysia

0 comments:

Post a Comment