Dr Azizan Osman - 25 Formula Hidup Luar Biasa

25 Formula Hidup Luar Biasa


  • Availability: In Stock
  • Product Code: AOP31
  • RM45.90 Ex Tax: RM45.90

>>KLIK SINI<<  - Untuk Membeli 


Buku Terbaru Dr Azizan Osman berada di pasaran sekarang!
Buku ini ialah tambahan dan penambahbaikan daripada buku 21 Formula Hidup Luar Biasa yang telah terbit pada tahun 2015.
·      Buku ini dikarang oleh Ustaz Mohammad Ashraff Ayub selepas beliau sendiri menghadiri seminar IMKK Dr Azizan Osman
·      Setiap formula diasaskan daripada al-Qu’ran dan hadis Rasulullah SAW
·      Mengandungi 126 surah al-Qur’an dan 133 hadis yang digabungkan secara tepat dan relevan dengan isi kandungan buku
·      Setiap formula mampu menghidupkan hati dan mencuci kolam jiwa supaya kita sentiasa dekat pada Allah dan menarik kasih sayang serta redha-Nya
·      Memaparkan kisah-kisah benar sebagai contoh dan inspirasi
Mengapa anda perlu memiliki dan membaca buku ini? Jawapan dari Dr Azizan ialah, “Saya mahu buku itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar mereka lebih yakin untuk  hidup luar biasa.”

Sekiranya anda perlukan inspirasi, inilah buku yang tepat untuk anda. 
Buku ini menggabungkan formula-formula hebat yang dapat anda baca, hayati
dan kemudian amalkan. Insya-Allah, dengan keyakinan dan ketekunan,
impian anda akan tercapai.

Itulah sebabnya anda perlu membaca buku ini! Dalam kehidupan ini, setiap orang memerlukan inspirasi. Dalam perjalanan kita di dunia ini, dalam menghadapi setiap masalah dan persoalan, dalam melakukan setiap pekerjaan, dalam menggalas tanggungjawab sebagai insan, kita semua memerlukan inspirasi.
Kerana sebagai manusia, kita sering lupa, lalai dan lemah. Kita sering kecewa dan hampa dengan kehidupan. Kita sering gagal. Begitulah lumrah kehidupan; namun apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit daripada kegagalan, bagaimana kita berusaha mengeluarkan diri daripada belenggu masalah dan meminimumkan kekecewaan serta memaksimumkan kejayaan. Dalam diri setiap insan, terdapat potensi yang besar yang sering kita lupakan kerana kita sering merasa diri kita kecil dan tidak mampu mencapai kejayaan serta kekayaan yang kita hajatkan. Akhirnya semua cita-cita dan hasrat yang kita miliki terpendam dalam hati dan berkubur begitu saja tanpa dapat kita realisasikan. Betapa ruginya kita.

Lepaskan diri anda daripada belenggu yang menghambat
untuk berubah dan mencapai kejayaan.

Buku 25 Formula Hidup Luar Biasa ini umpama manual kehidupan yang perlu dimiliki.

·         Ia adalah panduan bagi kita menjalani kehidupan yang penuh ranjau duri.
·         Ia memberikan tips dan contoh yang sangat relevan.
·         Ia memaparkan kisah benar yang penuh inspirasi.
·         Ia menjadikan fikiran kita berhenti sejenak dan berfikir.
·         Ia menjadikan hati kita berhenti sedetik dan merasa.  

DAPATKAN SEKARANG !
  • HANYA : RM45.90 EX TAX: RM45.90

>>KLIK SINI<<  - Untuk Membeli 

Share on Google Plus

About Freeza Malaysia

0 comments:

Post a Comment